Tolong- menolong merupakan suatu kewajiban bagi setiap manusia. Tolong- menolong akan dapat membantu orang lain dengan tidak mengharapkan balasan , namun tentunya jika kita memerlukan bantuan pula, tentunya orang lain akan menolong kita. Dengan tolong- menolong kita akan dapat membina hubungan baik sesama manusia.
Tolong- menolong juga dapat memupuk rasa kasih sayang antara tetangga, antara kawan, dan masyarakat.
Melalui pertolongan yang kita hulurkan orang lain akan mendapatkan kepuasan dan kebahagiaan. Mereka merasakan kita ada dan diperlukan oleh orang lain. Bantuan yang kita berikan sangat bermakna bagi mereka.
Apabila kita memerlukan pertolongan daripada mereka pada suatu masa kelak, sudah pasti mereka akan memberikan bantuan pula dengan rela hati.
Kadang-kala kita merasa amat jengkel pada orang yang mampu untuk menolong seseorang tetapi tidak mahu melakukannya. Begitu ramai orang kaya yang tidak mahu membelanjakan sebahagian hartanya untuk orang miskin walhal itulah tuntutan agama yang perlu mereka tunaikan.
Bahkan sebaliknya berlaku di mana orang kaya menggunakan kekayaannya menindas orang miskin seperti memonopoli suatu perniagaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi.Akibatnya orang miskin bertambah miskin manakala orang kaya bertambah kaya. Banyak juga orang bijak pandai yang tidak mahu mengajarkan ilmunya kepada orang yang jahil sebaliknya mereka yang berilmu tinggi ini membohongi orang kampung demi untuk mencapai keuntungan peribadi.
Melalui pertolongan yang diberikan kepada orang lain sebenarnya kita menolong diri sendiri. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk menolong orang lain. Dengan menolong orang lain, hidup kita akan terasa bermakna dan jauh dari rasa kekecewaan. Tuhan akan membalas kebaikan yang telah kita lakukan. Pertolongan yang diberikan tidak semestinya dengan harta dan wang ringgit, tetapi boleh juga kita hulurkan dalam bentuk fikiran dan tenaga. Malah kita juga boleh membantu seseorang dengan memohon doa kepada Tuhan.
Oleh itu, marilah kita tolong menolong karena sesungguhnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
Berikan maksud perkataan yang dihitamkan.
Jelaskan maksud "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat".